Saturday 19 May 2012

pengorbananmu tak sia-sia



                Suasana dalam di kelas 5 Gamma sunyi sepi. Dua puluh empat kepala tunduk rapat menelaah buku. Hanya seorang sahaja yang relax tanpa sebarang aktiviti. Wah, tak nak ambil SPM ka? “Ayu, study la weh! Nak SPM kot. Kau ni tak sentuh buku langsung. Aku takutlah tengok kau ni.” Nisha menegur sahabat baiknya dari sekolah rendah itu. Hanya Nisha yang berani menegur Ayu. Kalau orang lain, mau melayang kerusi meja. Nasib baik kereta berat, kalau tidak kereta pun terbang.
                   “Kau jangan sibuk boleh tak? Aku serabut tau. Kau nak study, go on tapi jangan sibuk hal aku. lantak akulah nak buat apa pun!” Kerusi ditolak hingga jatuh mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Satu kelas tersentak. Ribut taufan dah melanda. Ayu berlalu keluar dari kelas tanpa menghiraukan sesiapa. “Kenapa dengan Ayu tu? Baran tak pasal-pasal.” Ella menyuarakan kehairanannya kepada Nisha. “Biasalah tu. Adalah hal yang tak kena dengan anginnya dia tu.” Nisha senyum.
                   Tanpa sempat Ella bertanya dengan lebih lanjut, kelas mereka dikunjungi oleh pengetua sekolah, Puan Fauziah  bersama-sama seorang wanita yang kelihatan sangat elegan. Wanita tersebut berbaju kebaya biru laut dan dihiasi bunga-bunga kecil berwarna merah jambu dipadankan dengan selendang yang sepadan dengan warna bunganya. Setelah salam diucapkan, Puan Fauziah menyuruh semua pelajar duduk.
                   “Baiklah, tujuan cikgu datang ke kelas kamu ni adalah untuk memperkenalkan guru baru yang akan menggantikan Cikgu Salina yang telah berhijrah ke tempat baru. Sebelum tu cikgu nak tanya. “Ayu mana?” Soalan Puan Fauziah dibiarkan dibawa angin. Mulut semua pelajar 5 Gamma terkunci rapat tanpa sepatah kata. Puan Fauziah bagaikan mengerti dengan senario itu. “Tak pa. Dipersilakan cikgu untuk memperkenalkan diri. Guru baru itu melangkah ke hadapan kelas dengan penuh yakin. Pengetua telah bergerak meninggalkan kelas.
                   “Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama diberi Cik Adibah bt Raslan. Masih single lagi. Ni baru kali pertama dan sekolah pertama saya mengajar. Kamu semua boleh panggil saya Miss Diba. Saya akan mengajar kamu English seterusnya menjadi guru kelas kamu semua. Ada apa-apa yang kamu semua nak tanya?” Miss Diba melontarkan soalan.
                 “Miss, asal mana eh? Ella tersenyum. “Saya asal Perak tapi dah lama menetap kat KL ni. Keluarga saya…” Belum sempat Miss Diba habis berbicara, Ayu menerjah masuk ke dalam kelas tanpa memberi salam. Miss Diba kelihatan sedikit terkejut tetapi berpura-pura tenang.
              “Ayu tadi kau pergi mana ha?”tanya Nisha dengan muka hairan.Belum sempat ayu menjawab Miss Diba bersuara. “Ayu pergi mana?”jelingan tajam dihadiahkan kepada cikgu baru itu. “Aku baru lepas gian merokok. Kau sibuk sangat ni kenapa? Lantak akulah nak buat apa pun.” Miss Diba terkedu.

******
           Pada keesokan harinya, kelas 5 Gamma memulakan pelajarannya seperti biasa. Miss Diba melangkah masuk ke kelas tersebut. Jam menunjukkan tepat pukul 8pagi. Miss Diba berasa sedikit kehairanan kerana Ayu belum lagi sampai ke sekolah. Selepas 10minit pembelajaran bermula, Ayu dengan muka slumber rock sahaja masuk ke kelas tanpa memberi salam. Miss Diba mengajukan soalan kepada Ayu. “Kenapa lambat datang sekolah? tanya Miss Diba sambil mengukir senyuman yang manis.” Alaaa aku terlewat bangun tadi pagi so lantak lah aku datang lewat pun. Semua pelajar kelas 5 Gamma sangat terkejut dengan tingkah laku Ayu yang sangat kurang ajar itu, sedangkan Miss Diba sangat baik dengannya.
                        Miss Diba tidak kisah semua itu asalkan pelajarnya masih mahu belajar dengannya. Selepas beberapa minit belajar, Ayu mengeluarkan sebatang rokok Dunhill dan menghisapnya tanpa menghiraukan sesiapa pun. Hidung Miss Diba tiba-tiba sahaja kembang kempis apabila terbau sesuatu di dalam kelasnya.
                     “Bau apa ini ? Ada sesiapa yang hisap rokok ke?” tanya Miss Diba dengan penuh kehairanan. Nisha sudah tahu benar dengan sikap Ayu yang agak kurang ajar itu. “Ayu, kau pergi buang rokok tu sebelum aku sumbat semuanya ke dalam mulut kau! Entah apa-apalah kau ni Ayu! Hormat lah sikit cikgu dihadapan tu.”tegur Nisha dengan menampakkan sedikit garang seperti singa betina.
                        “Kau ni suka potong mood akulah Nisha. Hish, aku bukannya kacau orang pun! Kau buatlah kerja kau, jangan kacau aku lah. Semua benda yang aku buat, semuanya tak kena. Aku tak paham lah dengan orang yang kolot ni.” Ella menjegilkan biji matanya yang koko itu kepada Nisha. Sudah tahu benar dengan isyarat Ella itu.
                  Tepat pada pukul 2 petang, Miss Diba datang ke kelas 5 Gamma untuk berjumpa dengan Ayu. “ Ikut saya sebentar.”ajak Miss Diba. Sesampainya ke kantin , belum sempat Miss Diba melabuhkan punggungnya dengan tiba-tiba Ayu melontarkan suara yang kasar kepada Miss Diba. “ Kau kenapa ajak aku datang sini ha? Ni mesti nak tanya hal pagi tadi kan ?” Ayu menjenguskan mulutnya kehadapan.
                         “Ayu dengar sini baik-baik. Cikgu hanya ingin menolong kamu sahaja. Bukannya mahu menambahkan beban kamu. Jika kamu ada masalah keluarga atau apa-apa masalah sekalipun, janganlah kamu simpan. Luahkan sahaja kepada saya.” tegur Miss Diba dengan sopannya.

*******

                             Beberapa hari kemudian, Ayu telah ponteng kelas Miss Diba iaitu pelajaran Bahasa Inggeris. “ Ini mesti marahkan Miss Diba ataupun homework belum siap sampai-sampai sanggup ponteng kelas. Apa nk jadi lah dengan Ayu ni. Selalu buat hal, SPM dah lah nak dekat. Hmmmm.”merungut Nisha kepada Ella.
                            Selepas Miss Diba keluar dari kelasnya, dia terserempak dengan Ayu. “ Kenapa tak masuk kelas cikgu?” tanya Miss Diba. Lantak akulah nak masuk ke tak, yang sebenarnya homework yang kau bagi semalam aku belum siap so aku tak masuk lah. Apa kau nak buat sekarang? Sudah-sudahlah. Jangan jaga tepi kain orang pulak, kau tu dah la baru dekat sini. So jangan nak sibuk hal aku ok, aku tahu lah yang mana baik dan yang mana buruk untuk aku.

******

                            Ayu masuk ke kelas dengan panas barannya yang menjadi-jadi, entah apa pulak kali ini. Beg yang disandang di bahunya dilempar begitu sahaja. Barannya kali ini seperti gempa bumi yang melanda dengan tiba-tiba. “Kenapa ni sayang? Angin semacam saja, datang bulan ke?” Haris memberanikan diri menanyakan Ayu dengan soalan-soalan yang melucukan itu, baginya. Satu kelas 5 Gamma terbahak-bahak mentertawakan gelagat Haris itu.
                          “Kau ni berani tanya soalan begitu pada aku ye Haris. Kau nampak kan ini apa? Kau nak aku pecahkan kepala kau dengan kerusi ni ka?” Ayu begitu marah sehinggakan mukanya seperti naga sembelit. Semua pelajar di dalam kelas itu menjadi sunyi sepi apabila melihat Ayu bergaduh dengan Haris.
                   “Bawak bersabar Ayu, kau ni orang bergurau sikit pun dah angin satu badan. Relax lah Ayu!” Nisha cuba menjernihkan keadaan. Nisha tahu. Mesti ada benda yang tak kena dengan mood dia hari ni. Sepantas kilat Ella menghilang dari dalam kelas setelah diarahkan oleh Nisha supaya mencari Miss Diba di bilik guru.
                   “Korang jangan nak sibuk hal aku dengan jantan ni! Ayu telah meluru ke arah Haris. Kolar baju Haris dicekak dengan kasar. “Aku tak fahamlah dengan kau ni. Kau suka sangat cari pasal dengan aku kan? Ada aku kacau hidup kau? Hal aku, aku punya pasal. Hal kau, lantaklah. Kecil besar je aku tengok kau ni. Dah lama aku sabar kau tau tak? Agaknya hari ni kau memang nak makan penumbuk aku! Tangan kanan dikepal dan diangkat ke udara.
                     “Raihayu! Jangan pukul Haris. Ayu kena ingat yang SPM dah dekat, jangan nanti rekod sekolah Ayu teruk. Miss nak semua pelajar Miss berkelakuan baik di sekolah ni. Jangan sampai Miss bawak Ayu ke bilik pengetua dan cerita kan semua tingkah laku Ayu di sekolah ni! Paham tu Ayu!” marah Miss Diba. “ Kau selalu nak sibuk hal aku, aku peliklah dengan kau ni. Tolonglah kali ni saja kau jangan masuk campur hal aku. Serabut taw tak. Kau dengan pelajar-pelajar kau sama saja. Suka menyibuk hal aku. kau ingat aku kisah ka masa depan aku nak gelap? Weh, masa depan aku dah memang gelap kau tahu tak? Dah gelap!
                        Paaanggg!!! Secara tidak sengajanya,Miss Diba tampar pipi Ayu yang gebu itu. Mahu meleleh air mata Ayu dibuatnya. Ayu lari keluar daripada kelas tersebut. Miss Diba mengejarnya. Tidak sampai dua puluh langkah, tiba-tiba Ayu jatuh pengsan. Miss Diba terkejut dan meminta tolong kepada Nisha untuk menelefon keluarga Ayu. Miss Diba cepat-cepat membawa Ayu ke hospital.
                        Setibanya di hospital, Ayu dibawa ke bilik rawatan. Beberapa minit kemudian, Doktor Atikah seperti mana namanya tertera pada tanda nama yang dipinkan pada uniforn putihnya memberitahu yang Ayu koma dan dia mengidap penyakit buah pinggang tahap kronik. Buah pinggangnya telah rosak teruk dan tidak dapat berfungsi lagi. Dia memerlukan penderma buah pinggang secepatnya. Miss Diba sangat terkejut dan dia berasa agak kesal kerana telah berkasar dengan Ayu.

******

                        Selepas tamat persekolahan, Miss Diba memandu keretanya menuju ke hospital untuk melawat pelajar kesayangannya, Ayu. Setibanya di selekoh tajam, terlihat sebuah lori treler yang tidak dapat mengawal pergerakannya meluncur laju menghala ke arah kereta Perdana hitam milik Miss Diba.
                     Sedaya upaya Miss Diba cuba mengelak, tetapi apakan daya pergerakan treler itu lebih pantas menghentam dari arah bertentangan. Kejadian itu disaksikan oleh pemandu yang menaiki van dari laluan bertentangan. Dia segera menghubungi talian kecemasan. Setengah jam kemudian ambulans dan bomba datang untuk menyelamatkan mangsa keadaan. Habis remuk kereta Miss Diba. Miss Diba segera dibawa ke hospital.

******

                     Sepanjang tempoh di hospital, mamanya Puan Raihana setia menemani puteri tunggalnya. Saban hari dia sabar menanti anaknya sembuh seperti sediakala. Tidak putus-putus doa yang dikirimkan buat sang pencipta. Doanya termakbul setelah seorang hamba Allah yang begitu mulia  sanggup mendermakan buah pinggang buat anaknya.
                   “Mama. Ayu nak tanya something. Mama jawab dengan jujur boleh? Lemah saja tutur katanya. “Apa sayang?” sambil tersenyum Puan Raihana berkata. “Hamba Allah mana  yang begitu baik hati sanggup mendermakan buah pinggangnya kepada Ayu?” Ayu merenung ke dalam mata mamanya, mengharapkan jawapan yang tulus dari hati.
                   Mamanya menyepikan diri. Soalan dari puterinya dibiarkan tanpa jawapan. “Baca ni.” Sepucuk surat dihulurkan kepada Ayu. Huluran disambut perlahan-lahan

Assalamualaikum Miss ucapkan buat anak didik yang Miss sayangi dunia dan akhirat.
Saat kamu baca surat ini mungkin Miss sudah tiada lagi di bumi Allah ini. Pertama sekali Miss ingin memohon maaf kerana secara tidak sengaja telah menampar kamu. Miss nak kamu tahu yang Miss tak terniat pun nak buat begitu. Miss cuma tak suka dengar kamu kata yang masa depan kamu dah gelap. Selagi kamu masih ada masa untuk berubah, selagi itu kamu ada peluang untuk merubah masa depan kamu. Miss tahu kamu boleh. Kamu memang bijak tapi kamu Cuma tertekan dengan masalah dan tohmahan orang sekeliling. Kamu buat semua ni sebab kamu nakkan perhatian semua orang. Kamu ada naluri untuk jadi seperti orang lain tapi kamu takut. Kamu takut semua orang tak nak terima kamu. Di kesempatan terakhir ini, Miss ingin mencurahkan nasihat buat sekian kalinya. Miss nak kamu berubah. Pilih haluan yang betul supaya masa depan kamu terjamin. Janji dengan Miss sayang. Belajar sungguh-sungguh. Kamu merupakan harapan mama kamu. Satu-satunya cahaya mata dia. Miss tahu dia sangat berharap supaya kamu berubah. Sebelum ni kamu bukan begini kan? Kamu sopan santun dan baik tutur bicara. Bagaimana Miss tahu semua ni? Miss merupakan ibu saudara kamu. Adik kepada papa kamu. Bekas adik ipar mama kamu. Kamu hanya pernah bersua muka dengan Miss ketika kamu berumur lima tahun. Selepas itu, kamu tak pernah berjumpa Miss lagi kerana mama dan papa telah  berpisah. Miss pula telah berhijrah ke Kuala Lumpur bersama-sama datuk dan nenek kamu. Kami tidak pernah pulang ke Perak lagi selepas itu. Janji dengan Mak Su, Ayu akan berubah. Tolong mama. Mak Su akan selalu berada bersama-sama Ayu. Buah pinggang yang Ayu guna sekarang merupakan pembakar semangat buat Ayu agar dapat mencapai kejayaan dalam hidup Ayu. Jaga buah pinggang Mak Su baik-baik ya? Selepas ini Mak Su takkan menyibuk hal kamu lagi. Ini merupakan kali terakhir. Permintaan terakhir dari seorang guru merangkap ibu saudara Ayu, ubahlah cara hidup Ayu supaya menjadi insan yang berguna pada keluarga, agama dan negara.

Salam sayang,
Miss Adibah

*****
                  
                   “Miss, Ayu datang ni. Ayu bawa kejayaan Ayu. Ini yang Miss nak Ayu buat kan. Ayu dah dapat Miss. Mama happy sangat. Mama asyik senyum saja. Ayu nak tengok Miss senyum juga. Seperti sebelum ni. Ayu nak Miss pegang slip SPM Ayu. Ayu dapat 10 A+. Ayu nak bagi slip ni dekat Miss.” Teresak-esak Ayu sambil berbicara. Bahunya diusap perlahan oleh Puan Raihana. “Sabar sayang. Mak Su dah tenang di sana. Dia mesti tahu yang Ayu dah berjaya.” Lembut kata-kata yang diungkapkan demi memujuk puteri kesayangannya.
                   Setelah pemergian Miss Diba, berubah benar sikapnya. Dia tidak banyak bercakap dan menjadi lebih bersemangat untuk belajar. Semua peribadi negatifnya dihapuskan sama sekali. Ayu semakin rapat dengan mamanya. Teman rapatnya merupakan buku dan sejadah. Tidak pernah dia berenggang dengan kedua-duanya.
                   “Miss, tenanglah Miss di sana. Ayu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Miss. Buah pinggang ini akan Ayu jaga sebaik-baiknya. Buah pinggang Miss ini dah menyelamatkan nyawa Ayu. Ayu dah hidup buat kali kedua dengan kehadiran buah pinggang milik seorang wanita yang begitu mulia hatinya. Dalam hatinya hanya menginginkan kejayaan anak didiknya. Tidak sekelumit pun terdetik perasaan dendam walaupun selalu diherdik oleh seorang budak perempuan yang sangat kurang ajar. Hari ini budak perempuan tu dah sedar Miss. Ayu dah sedar. Terima kasih banyak-banyak sebab dah buka mata hati Ayu.” Teresak-esak Ayu menangis dalam pelukan mamanya.
                   “Sudahlah sayang. Mari kita sedekahkan Yaasin buat Mak Su.” Mendayu-dayu bacaan Yaasin dialunkan di tanah perkuburan itu. Dua beranak itu begitu tekun mengalunkan bacaan. Sekali sekala si anak mengelap mutiara jernih yang menitis di pipi gebunya itu. Di situlah terkuburnya jasad seorang guru muda yang rela berkorban demi anak didiknya. Dia mahu anak didiknya berjaya. Berkat kesabaran dan keazamannya, kini anak didiknya yang keras kepala telah menjadi pelajar paling cemerlang di sekolah. Raihayu juga dinobatkan anugerah paling cemerlang bagi negeri Perak. Tidak sia-sia pengorbanan yang dilakukan demi menjamin masa depan anak didiknya. Terima kasih Miss Diba!                           

Thursday 17 May 2012

happy teachers day


*SELAMAT HARI GURU BY CIKGU WANNABE*
~ASSALAMUALAIKUM...aku nk ucap trima kasih khas buat smoa cikgu2 aku dari standard 1 smpai form 5..xlupa jgk buat smoa yg dh ajar aku byk bnda..dah tlg aku timba byk ilmu..i really appreciate it..ats jasa kalian aku dh dpt byk ilmu yg sgt berguna..insyaALLAH aku akn praktik dlm khidupan..btw,aku nih cikgu wannabe..insyaALLAH..tlg2 la doakan eh..sekian,salam sayang buat smoa~

Wednesday 16 May 2012

Student's Life 6


“Aku hangin betul la dengan Airish tu. Nak ikut kepala otak dia semua. Dah nama pun group activity, mesti la diskus kalau nak buat sesuatu. Eeeee.. geram gila aku.” Ailee terus mengomel ketika makan di café pada waktu rehat. Suasana di café ketika itu agak sesak dengan pelbagai ragam pelajar. Yang memilih tak makan itu, nak makan ini. Air tak cukup gula. Terlebih manis. Biasalah. Masing-masing dah biasa ada bibik. Nak apa je, jerit. Bila masuk hostel je, serba tak kena. Belajarlah berdikari.

“Kau pehal? Sape Airish tu?” DN mengutarakan soalan yang berlegar di mindanya. Siapakah gerangan yang membuatkan Ailee bengang tahap tera kuasa dua. Gaya mengunyah mee goring pun dah Nampak macam nak mengunyah orang. “Mana aku tak bengang. Airish si tiang lampu tu satu kumpulan dengan aku. Naa.. aku pulak jadi assistant leader. Awal tu aku kena fight dengan dia nak dapat jawatan. Bukan aku nak sangat pun, tapi dah orang lantik.” Ailee meluahkan rasa geram yang terbuku di hati. Neslo ais yang belum disentuh disedut demi mengurangkan rasa amarah di hati.

“So, Airish nama budak tu. Nama bukan main, tapi budi bahasa -10. Bukan setakat zero. Ape yang dia dah buat kat kau?” Aiza pula bersuara sambil matanya meliar meninjau keadaan sekeliling. Manalah tahu, tiba-tiba je Airish terpacak sebelah meja diorang. “Korang tau tak, dia nak letak HOTSTAR sebagai nama group. Apa kejadah group name cenggitu. Nak mencapub gila. Leader group, Fakrul tu sampai pening nak layan dia. Semua orang tak setuju dengan suggestion minah tu. Dah orang tak terima nama tu, mogok tak mau buat kerja group. Ah! Lantak dia la. Bukan mati pun kalau dia sorang tak buat kerja.” Tekebil-kebil lima pasang mata melihat tahap kebengangan Ailee. 

“Wooo.. better kau chill. Kau kena tahan jugak. Lagi tiga hari je kau nak stay satu group dengan dia. Tapi kau kena banyak doa la. Jangan sampai dia satu kelas dengan kau nanti. Mau meletup perang dunia ketiga.” Af berlelucon. Terhambur jua ketawa Ailee. “Aku tak mau cakap apa-apa. Kang kena dekat batang hidung sendiri. Mintak simpang! Tak terdaya den nak menahannya.” Pecah gelak mereka sekawan. Mereka sedia maklum dengan sikap Iman yang lemah lembut. Mudah sangat jatuh kasihan. Lurus je dia tu.

“Kau memang la Iman. Deret nak kesian. Tak sampai hati nak sakitkan hati orang. Buat je apa pun, kau bukan nak balas. Kau cakap, tak mau kecoh-kecoh. Macam yang si Nad tu buat kat kau.” Af membuka mulut. Urat-urat kehairanan mula timbul di wajah DN, Ayish, Aiza dan Ailee kebingungan. Tak faham sepatah haram.

“Sape Nad? Ape pulak yang dia buat kat kau, Iman?” DN memecah kebuntuan mereka semua. Sorang pun tau faham apa maksud kata-kata Af. Tapi yang pasti, memang ada benda yang kurang enak bakal menerjah eardrum mereka semua. Apabila tiada kata-kata yang terbit dari mulut Iman mahupun Af, pandangan laser dihadiahkan buat mereka berdua.

“Fine! Aku cakap. Sorry Iman. Aku tak boleh nak simpan la der. Diorang kawan kita jugak. Actually, Nad tu kawan Airish. Dia cari pasal dengan Iman. Aku nampak sendiri dia buat ape kat Iman.” Maka terbongkarlah kejadian yang menimpa Iman dari mulut Af. Huruf O besar terbentuk di mulut empat sahabat. Bukan o kecik lagi tau. Besar punya. Sapa tak hangin oi sahabat sendiri kena gulai dengan musuh wannabe. Aiseh! 

Tak boleh jadi ni. Otak lima sahabat dah mula menghakis karat-karat yang dah lama menempel. Idea-idea bernas mula muncul apabila karat degil yang menyeliputi otak bergeliga telah terhakis. Idea jahat+mantap=nak mengenakan orang dah timbul. He he he... tapi, kenapa lima sahabat je? Bukan enam ke? Alaaa.. Iman tu mana la nak join. Budak baik. Tapi sampai bila boleh bertahan lembut hati dia tu? Kawan dengan budak-budak bertocang. Muahahahaha(gelak jahat).. 


p/s: sorry ya lama xupdate citer..Atiqah rizzuan..new entry comin'..lately bz ngn urusan nk smbg blaja..;)

Friday 11 May 2012

=='' pilihan yg tepat???

*[ASSALAMUALAIKUM]*stop buat citer utk sementara wktu..otak serabut...ngn bz nk urus hal nk further study..adesss..sesak..sesak..susah eh nk smbg blaja pon..mana nk pilih pilihan yg tepat..aku takut giler..aku dapat program asasi yg aku xminat..tgh istiqarah sama da nk tolak or x..aku nk pilih matrik or asasi tu??? aish! aku xsuka btol la...mmg la asasi bagus..tapi kalu xminat? buleh ke aku nk survive..haaaaa..nk pecah empangan mata dah nih..huuuu..aku sedih..kalu aku tolak,masuk matrik..abes matrik apply upsi..my mom mmg nk aku jadik cekgu..kalu restu mak ada, senang x? rasa ringan sikit..tapi masalahnya....aku nih kurang kesabaran..nk ajar ank orang plk tu..kang xpasal2..hahahah..apa2 pon,ISTIQARAH N TAWAKAL..

Tuesday 8 May 2012

istiqarah penyelesaian yg terbaik

[ASSALAMUALAIKUM]...mesti ramai yg tengah happy kan..result upu dah release..tapi xkurang jgk yg frust mnonggeng..xdpt course pilihan ati..tapi aku nih xtau nk cakap apa..happy ker? ntah laa..sedih? eh,rasanya xkot..kenapa ngn aku? aku dapat ASASI SENI BINA DANG REKA BENTUK ALAM SEKITAR kt UIAM..nk pg ke x? or should i go to KOLEJ MATRIKULASI KEDAH..ponin..==' sblom result upu kluar,parent aku brainwash suoh pg matrik..tup2 bila aku dapat uiam, cam nk suoh aku pg sana plk..dorang siap bt survey lg..sedara mara pakat vote suoh pg uiam..paksu aku pon sokong..siap call aku bagi nasihat segala..nih yg susah..otak aku dah suci lepas di brainwash oleh parent aku..aku dah isi ngn matrik dalam otak nih..skrg nak kena reformat balik..set dalam my mind yg aku nk kena pg uiam..ya ALLAH..bukan aku nih xbersyukur..mmg aku tau yg ramai yg nak pg uni,tapi xdapat..aku yg dapat plk xkan xnak pg kn..yes! i find the way..ISTIQARAH..ALLAH, GIVE ME THE WAY..GIVE ME THE NUR..~_~

Friday 4 May 2012

serabut...

salam...asyik buat citer jea skrg..nk plk menaip pasai aku..mood skrg mmg xbaik..bercampur aduk..nk perisa apa? semua ada..aku xsuka jadik ceni..kalu happy,mmg aku happy giler..kalu sedih,nangis sensorang..xsuka2..yg paling aku xsuka,apesal aku buleh ada mood angau nih? hadue..kalaulah aku xpergi situ..kalaulah aku xikut my buddy..kalaulah....kalau..kalau..and kalau...tapi aku xbuleh nk putar masa balik..andai dapat ku undurkan putaran dunia..semua yg menyesakkan kpala otak aku xkan jadik..rasa macam nak lari dari segala kenyataan..pecut pergi satu tempat yg xder orang..then jerit kuat2..kalaulah semua masalah buleh hilang dengan jeritan..

Student's Life 5


Mata bertentang mata. Adegan jeling-menjeling sedang berlangsung. Tapi lain macam je aksi jeling-menjeling ni. Ya la. Pandangan penuh berapi dilontarkan. Bukan manja ala-ala couple. Hei! Couple itu haram. No couple ok. Mata si Ailee bertentang mata si tiang lampu. Tajam sampai menusuk kalbu. Pergh! Apesal diorang jeling-jeling?

“Orait! Cikgu nak kamu berkenalan antara satu sama lain. Camkan ahli kumpulan masing-masing. Lepas dah berkenalan lantik ketua dan penolong kumpulan. Semua  aktiviti yang akan dilakukan nanti perlu dilaksanakan secara berkumpulan.” Sayup-sayup saja kedengaran suara Cikgu Leeda memberi arahan melalui mikrofon. Perhatian lebih terarah pada aksi jeling-menjeling. Kenapa pulak diorang berdua ni? Sudah-sudah la tu. Kang asyik menjeling terus juling. Jatuh saham.

Nak tau kenapa dengan diorang? Naaa... diorang kena stay satu group. Habislah. Dah la tak berlaga angin. Dah termasuk pulak group yang sama. Memang berjodoh! Ha ha ha... Dalam group tu ada sepuluh orang. Masing-masing lima lelaki dan lima perempuan. Salah seorang daripada pelajar lelaki mula bersuara. Memiliki rambut yang beralun. Berbadan tegap. Kulit sawo matang dan agak tinggi juga. Dah nampak sikap kepimpinan. Berani bercakap pulak tu. “Ok, guys! Tak payah nak bersaya-saya la. Pelik pulak. Aku Syed Fakrul Zafran. Panggil je Fakrul. Sekarang ni kita kenal-kenal dulu eh.” Ujar pelajar yang berbaju melayu turquoise itu.

Seorang demi seorang mula memperkenalkan diri sehingga tiba giliran si tiang lampu. “Aku Airish Juliana Dato’ Helmi. Just call me Airish.” Ailee mencebik. Dia tahu Airish sengaja menekankan gelaran Dato’ pada pangkal nama ayahnya. Dia menarik muka bosan. “Girl, kau pulak.” Fakrul menegur Ailee. “Aku Aleeya Maisara tapi just call Ailee.” Terus dia senyum nipis kepada kawan-kawan sekumpulannya. Bila bertemu pandang dengan Airish, mati terus senyumannya. Jelingan maut diberikan. Airish tersenyum sinis. Nama bapak dia tak cakap pun. Entah-entah kerja biasa je. Malu la tu. Ada hati nak lawan aku. Anak Dato’ Helmi ni! 

“Ada sape nak volunteer jadi leader group ni tak?” Fakrul bertanya. Seorang demi seorang ahli kumpulannya diperhati. “Chopp!” seorang ahli kumpulan yang lelaki mengangkat tangan. “Kau nak jadi leader ke Fahmi?” Fakrul bertanya. “Tak. Aku nak cadang supaya kau yang jadi leader. Guys, setuju tak?” Fahmi memohon persetujuan ramai. Tapi si Fakrul ni cool je. Dah pernah jadi leader la tu. “Setuju!” Serentak kata setuju dicapai. “Kau ok tak? Kitorang nak kau jadi leader. Ada gaya dah.” Ujar Azwa, si cantik manis. Mancung giler hidung dia. Berkulit cerah. “Kalau korang dah lantik aku, aku terima je.” Senyuman versi pencairan hati dilayangkan.

“Leader dah ada. So, assistant aku? Anyone volunteer? Or nak lantik?” Satu demi satu wajah pelajar perempuan diperhatikan. Nak cari muka yamg ada ciri kepimpinan kut. Bukan senang nak memimpin. “Aku! Aku nak jadi assistant kau. Sape tak mau jadi assistant budak handsome.” Ternganga mulut Ailee melihat perilaku Airish. Mana taknya, tersengih-sengih kat si Fakrul. Huh! Keluar dah tocang gedik dia tu. Aku yang perempuan ni pun malu tengok perangai tiang lampu ni. Fakrul pulak dah usha pelik. Sebab kegedikan dia yang melampau.

“Kita lantik by undi majoriti.” Eyaz bersuara. Spontan Airish menoleh menatap wajah orang di sebelahnya. Ketegangan mula kelihatan pada seraut wajah Airish. Ternyata tanggapan Ailee terhadap gadis itu sama sekali salah. Dia fikir yang gadis itu pendiam. Tidak berani bersuara. Ternyata dia cukup berani menentang Airish. Dah la duduk bersebelahan saja. Ailee tersenyum. Ada gang. “Kau nak cadang sape?” Ujar Danish, satu-satunya ahli group yang memakai spect. “Ailee.” Ringkas lagi padat jawapan yang diberi oleh Eyaz. Senyuman yang manis bertukar tawar lagi hambar setelah kehilangan serinya. Menelan air liur terasa seperti menelan kertas pasir gamaknya. Bertambah la dendam si tiang lampu pada Ailee.

“Ok. Kita calonkan dua orang dah la. Airish dan Ailee.” Bicara leader kumpulan, Fakrul. Serentak ahli kumpulan mengangguk setuju. Sayang seribu kali sayang, ada jugak manusia yang protes dalam diam. Airish. Musuh wannabe jadi pesaing dalam misi meraih takhta sebagai assistant leader group orientasi diorang. Setelah ditolak dan dibahagi, maka keputusan dicapai apabila vote untuk memilih Ailee menjadi assistant Fakrul melebihi vote untuk memilih Airish. Atau lebih tepat lagi, mana ada ahli kumpulan pun yang vote Airish. Nasib baiklah. Kalau tak, entah Fakrul atau Airish yang berkuasa.

Airish terus-terusan menarik muka cekang. Nak senyum? Memang haram la. Selesai saja aktiviti pada malam itu, terus Airish blah macam tu je. Tak hirau dah dekat ahli kumpulan yang lain. Menonong je dia menuju ke arah konco-konconya. “Nasib baik minah tu tak jadi assistant aku. Kalau tak, mau haru biru group ni. Aku pun mesti serabut la. Ada ke patut nak jadi assistant sebab aku ni handsome? Aku tau la aku ni kacak bergaya lagi menawan, tapi jangan la cakap depan korang semua. Segan la aku.” Ailee terus meledakkan tawanya apabila menangkap butir bicara Fakrul dengan Mucap dan Kucan, dua lagi ahli kumpulannya. Serentak mereka bertiga memalingkan kepala untuk meninjau siapakah gerangan yang meladakkan tawa itu. Nah! Merah padam muka si Fakrul. Dalam aktiviti group bukan main cool lagi.

“Oi cik abang. Nak perasan pun jangan la sampai overload. Kang tak tertanggung pulak. Hui, perasan diri tu jadi teruna idaman Malaya eh?” Adusss. Muka Fakrul dah macam ditambah pewarna la. Sekali kena tempelak dengan Ailee, memang kaw. Tapi masih lagi sempat melayangkan segaris senyuman. Menutup kekalutan di dalam hati la tu. Kan dah kantoi. Suka perasan. Kucan dan Mucap pulak dah join si Ailee gelakkan Fakrul. Penumbuk dilabuhkan di bahu kedua-dua orang sahabatnya itu. “Adoi!” Serentak Mucap dan Kucan terjerit. “Bukan nak cover aku. Tolong gelakkan lagi ada. Walawey, malu kot. Selamba anak panda je dia kutuk aku. Dah la depan-depan.” Fakrul meneruskan perbualan dengan dua sahabat yang baru dikenali sejak menjejakkan kaki ke sekolah itu.

“Habis la kau. Dapat assistant yang macam tu. Mau hari-hari kena tempelak.” Semakin giat pulak Kucan mengusik. Mucap pulak semakin kuat ketawa. Sampai menekan perut. “Tapi aku lagi rela dia jadi assistant aku dari Airish. Dah la perasan. Sombong pulak tu. Kalau la korang vote dia tadi, memang berjanggut la aku. Kena queen control.” Meletus tawa tiga sahabat mendengar kata-kata Fakrul.