Wednesday, 21 August 2013
Monday, 11 March 2013
about HIM again and again ;)
*[ASSALAMUALAIKUM]*
meh sini meh. kita kongsi sikit apa yang aku dah lalui hari ni. pada waktu yang memang free tadi, (disebabkan oleh lecturer aku yg MC) aku ambik la peluang tu layan p2u. ala website untuk novel dan seangkatan dengannya. naaa..nak dijadikan cerita aku nampak tajuk cerpen SELAMAT TINGGAL JURUTERBANG. laju dan gatal je jari jemari ni nak mengeliknya. ahaks! aku baca pun dah xhirau member sekeliling. suka hati mak bapak aku je nk bantai gelak. almaklumlah... aku obses dengan perkataan pilot itu yaaa.. kawan aku yang sorang nih mai la jenguk tengok apa yang aku dok happy sangat kan. siap mendoakan aku lagi. tengs. aku suka2 je kot. berangan je lebih. :)
prove to me you are not like what they're saying.
Saturday, 9 March 2013
upgrade iman...

Monday, 18 February 2013
kena hacks ke?
*[ASSALAMUALAIKUM]*
ponin den usha blog kamoo. aku tak tau la tu ang ka orang lain. hey! xkan ang nk post macam tu kot. mamat tu tau ang punya password blog ka. apesal post macam tu. aku nak komen pon takut. ayat pelik sangat la. kalau ada yang hack ang, please la. takut aku baca.
Wednesday, 17 October 2012
sahabat! MAAFkan aku~
*[ASSALAMUALAIKUM]*
dah lama rasanya tak tekan keyboard smata2 nk update blog nih...
al-maklumlah..bila bergelar budak matrik nih mmg buzy tahap xhengat la..
tak sempat jea nk berkongsi cerita..
btw, hari nih..masa nih..detik nih..
aku nak kongsi cerita yang buat aku rasa bersalah sesangat..
buat aku rasa sedih bila ingat balik..
rasa macam jahat sangat..
ya ALLAH!
aku rasa nak nangis sekarang jgk..
pada tanggal 16 OKTOBER 2012..
aku n kawan2 satu praktikum dah ambil speaking test MUET..
ALHAMDULILLAH~
tp hari tu jgk dh jadi benda yg aku xsuka..
maybe ada hati yg sakit..
bersalahnya aku..
bukan salah diorang..
aku tak nak cakap pasal orang lain..
biar la yg lain jika masih nk menyalahkan diorang..
aku tak boleh nk hidup dgn keadaan bermasam muka sesama sahabat..
satu kelas pulak tu..
memang xaman rasanya..
MASYAALLAH..
rasa sesak dada..
memang laa aku xdapat tahan lagi..
bila dok sorang2 dalam bilik aku mula terfikir..
sampai bila nak jadi macam ni..
sedangkan ALLAH xsuka kita berpaling muka sesama sendiri..
aku mmg dah nekad!
handphone di capai..
kata2 maaf ditaip..
SUBHANALLAH!
manisnya bila berjaya menjernihkan salah faham nih..
hati menjadi tenang..
fikiran menjadi lapang..
biarlah kalau yg lain masih dengan ego..
aku xnak jd selfish!
aku xnak ALLAH marah..
aku sayang sahabat2 aku
bila dh jadi mcm nih, smua jd renggang..
sedihnya lagi jd bila dh nak habis sem..
menyesalnya aku!
AKU DEDIKASIKAN POST INI KHAS BUAT 2 SAHABAT AKU
AISYAH AND LIANA
I BEG FOR YOUR FORGIVENESS
AKU SYG KORANG TAU!
Thursday, 4 October 2012
indahnya hati yg tidak berCOUPLE~
Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'.
"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia
sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk
berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan
yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari
diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam
diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima
teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya
dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak
ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada
lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan,
bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan
macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin.
Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah
'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga
atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun
siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?
Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu
kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to
the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu
Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana
'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik
untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh
jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah
mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu
pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple'
bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita
menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa
rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika
pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan
yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika
dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan
pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang
sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun
dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise'
yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi
perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati
kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT.
Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang
lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita
menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu
sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa
kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.
Friday, 8 June 2012
say bye to mr. pilot
*[ASSALAMUALAIKUM]*. hai semua. apa cerita? aku sekarang dah sambung study kat matrik. memang buzy tahap cipan laa. xsempat nak buat apa pon. nih aku nak coret-coret sikit. I FOUND MY MR. PILOT. hahaha. memang cukup pakej laa. gila ar. smart tahap tera. *ops! terover pulak* hikhik. jadikan sumber inspirasi sudah laa. kan2? tapi lepas nih susah dah nak nengok mr. pilot. atas sebab2 tertentu. huhu. btw,aku suka sebab finally aku dapat tengok dengan mata kepala aku sendiri my mr. pilot. haha. gediks sikit. alaaa. bukan aku gediks dengan jantan pon. aku sensorng jea. no kutuk2 okes? till then,bye2 mr. pilot.
Subscribe to:
Posts (Atom)