indahnya hati yg tidak berCOUPLE~
Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'.
"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia
sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk
berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan
yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari
diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam
diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima
teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya
dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak
ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada
lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan,
bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan
macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin.
Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah
'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga
atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun
siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?
Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu
kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to
the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu
Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana
'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik
untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh
jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah
mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu
pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple'
bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita
menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa
rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika
pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan
yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika
dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan
pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang
sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun
dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise'
yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi
perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati
kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT.
Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang
lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita
menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu
sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa
kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.
No comments:
Post a Comment