Mata
bertentang mata. Adegan jeling-menjeling sedang berlangsung. Tapi lain macam je
aksi jeling-menjeling ni. Ya la. Pandangan penuh berapi dilontarkan. Bukan manja
ala-ala couple. Hei! Couple itu haram. No couple ok. Mata si Ailee bertentang
mata si tiang lampu. Tajam sampai menusuk kalbu. Pergh! Apesal diorang jeling-jeling?
“Orait!
Cikgu nak kamu berkenalan antara satu sama lain. Camkan ahli kumpulan
masing-masing. Lepas dah berkenalan lantik ketua dan penolong kumpulan.
Semua aktiviti yang akan dilakukan nanti
perlu dilaksanakan secara berkumpulan.” Sayup-sayup saja kedengaran suara Cikgu
Leeda memberi arahan melalui mikrofon. Perhatian lebih terarah pada aksi
jeling-menjeling. Kenapa pulak diorang berdua ni? Sudah-sudah la tu. Kang asyik
menjeling terus juling. Jatuh saham.
Nak
tau kenapa dengan diorang? Naaa... diorang kena stay satu group. Habislah. Dah
la tak berlaga angin. Dah termasuk pulak group yang sama. Memang berjodoh! Ha
ha ha... Dalam group tu ada sepuluh orang. Masing-masing lima lelaki dan lima
perempuan. Salah seorang daripada pelajar lelaki mula bersuara. Memiliki rambut
yang beralun. Berbadan tegap. Kulit sawo matang dan agak tinggi juga. Dah
nampak sikap kepimpinan. Berani bercakap pulak tu. “Ok, guys! Tak payah nak
bersaya-saya la. Pelik pulak. Aku Syed Fakrul Zafran. Panggil je Fakrul.
Sekarang ni kita kenal-kenal dulu eh.” Ujar pelajar yang berbaju melayu
turquoise itu.
Seorang
demi seorang mula memperkenalkan diri sehingga tiba giliran si tiang lampu.
“Aku Airish Juliana Dato’ Helmi. Just call me Airish.” Ailee mencebik. Dia tahu
Airish sengaja menekankan gelaran Dato’ pada pangkal nama ayahnya. Dia menarik
muka bosan. “Girl, kau pulak.” Fakrul menegur Ailee. “Aku Aleeya Maisara tapi
just call Ailee.” Terus dia senyum nipis kepada kawan-kawan sekumpulannya. Bila
bertemu pandang dengan Airish, mati terus senyumannya. Jelingan maut diberikan.
Airish tersenyum sinis. Nama bapak dia tak cakap pun. Entah-entah kerja biasa
je. Malu la tu. Ada hati nak lawan aku. Anak Dato’ Helmi ni!
“Ada
sape nak volunteer jadi leader group ni tak?” Fakrul bertanya. Seorang demi
seorang ahli kumpulannya diperhati. “Chopp!” seorang ahli kumpulan yang lelaki
mengangkat tangan. “Kau nak jadi leader ke Fahmi?” Fakrul bertanya. “Tak. Aku
nak cadang supaya kau yang jadi leader. Guys, setuju tak?” Fahmi memohon
persetujuan ramai. Tapi si Fakrul ni cool je. Dah pernah jadi leader la tu. “Setuju!”
Serentak kata setuju dicapai. “Kau ok tak? Kitorang nak kau jadi leader. Ada
gaya dah.” Ujar Azwa, si cantik manis. Mancung giler hidung dia. Berkulit
cerah. “Kalau korang dah lantik aku, aku terima je.” Senyuman versi pencairan
hati dilayangkan.
“Leader
dah ada. So, assistant aku? Anyone volunteer? Or nak lantik?” Satu demi satu
wajah pelajar perempuan diperhatikan. Nak cari muka yamg ada ciri kepimpinan
kut. Bukan senang nak memimpin. “Aku! Aku nak jadi assistant kau. Sape tak mau
jadi assistant budak handsome.” Ternganga mulut Ailee melihat perilaku Airish.
Mana taknya, tersengih-sengih kat si Fakrul. Huh! Keluar dah tocang gedik dia
tu. Aku yang perempuan ni pun malu tengok perangai tiang lampu ni. Fakrul pulak
dah usha pelik. Sebab kegedikan dia yang melampau.
“Kita
lantik by undi majoriti.” Eyaz bersuara. Spontan Airish menoleh menatap wajah
orang di sebelahnya. Ketegangan mula kelihatan pada seraut wajah Airish.
Ternyata tanggapan Ailee terhadap gadis itu sama sekali salah. Dia fikir yang
gadis itu pendiam. Tidak berani bersuara. Ternyata dia cukup berani menentang
Airish. Dah la duduk bersebelahan saja. Ailee tersenyum. Ada gang. “Kau nak
cadang sape?” Ujar Danish, satu-satunya ahli group yang memakai spect. “Ailee.”
Ringkas lagi padat jawapan yang diberi oleh Eyaz. Senyuman yang manis bertukar
tawar lagi hambar setelah kehilangan serinya. Menelan air liur terasa seperti
menelan kertas pasir gamaknya. Bertambah la dendam si tiang lampu pada Ailee.
“Ok.
Kita calonkan dua orang dah la. Airish dan Ailee.” Bicara leader kumpulan,
Fakrul. Serentak ahli kumpulan mengangguk setuju. Sayang seribu kali sayang,
ada jugak manusia yang protes dalam diam. Airish. Musuh wannabe jadi pesaing
dalam misi meraih takhta sebagai assistant leader group orientasi diorang.
Setelah ditolak dan dibahagi, maka keputusan dicapai apabila vote untuk memilih
Ailee menjadi assistant Fakrul melebihi vote untuk memilih Airish. Atau lebih
tepat lagi, mana ada ahli kumpulan pun yang vote Airish. Nasib baiklah. Kalau
tak, entah Fakrul atau Airish yang berkuasa.
Airish
terus-terusan menarik muka cekang. Nak senyum? Memang haram la. Selesai saja
aktiviti pada malam itu, terus Airish blah macam tu je. Tak hirau dah dekat
ahli kumpulan yang lain. Menonong je dia menuju ke arah konco-konconya. “Nasib
baik minah tu tak jadi assistant aku. Kalau tak, mau haru biru group ni. Aku
pun mesti serabut la. Ada ke patut nak jadi assistant sebab aku ni handsome?
Aku tau la aku ni kacak bergaya lagi menawan, tapi jangan la cakap depan korang
semua. Segan la aku.” Ailee terus meledakkan tawanya apabila menangkap butir
bicara Fakrul dengan Mucap dan Kucan, dua lagi ahli kumpulannya. Serentak
mereka bertiga memalingkan kepala untuk meninjau siapakah gerangan yang
meladakkan tawa itu. Nah! Merah padam muka si Fakrul. Dalam aktiviti group
bukan main cool lagi.
“Oi
cik abang. Nak perasan pun jangan la sampai overload. Kang tak tertanggung
pulak. Hui, perasan diri tu jadi teruna idaman Malaya eh?” Adusss. Muka Fakrul
dah macam ditambah pewarna la. Sekali kena tempelak dengan Ailee, memang kaw.
Tapi masih lagi sempat melayangkan segaris senyuman. Menutup kekalutan di dalam
hati la tu. Kan dah kantoi. Suka perasan. Kucan dan Mucap pulak dah join si
Ailee gelakkan Fakrul. Penumbuk dilabuhkan di bahu kedua-dua orang sahabatnya itu.
“Adoi!” Serentak Mucap dan Kucan terjerit. “Bukan nak cover aku. Tolong
gelakkan lagi ada. Walawey, malu kot. Selamba anak panda je dia kutuk aku. Dah
la depan-depan.” Fakrul meneruskan perbualan dengan dua sahabat yang baru
dikenali sejak menjejakkan kaki ke sekolah itu.
“Habis
la kau. Dapat assistant yang macam tu. Mau hari-hari kena tempelak.” Semakin
giat pulak Kucan mengusik. Mucap pulak semakin kuat ketawa. Sampai menekan
perut. “Tapi aku lagi rela dia jadi assistant aku dari Airish. Dah la perasan.
Sombong pulak tu. Kalau la korang vote dia tadi, memang berjanggut la aku. Kena
queen control.” Meletus tawa tiga sahabat mendengar kata-kata Fakrul.
No comments:
Post a Comment