Sunday, 22 April 2012

Student's Life 4


Semua pelajar bergegas keluar dari surau untuk ke Bitara Hall. Semua wajib berada di dewan tepat jam lapan malam. Mau semua orang tak kalut. “Apesal minah tiga orang ni ayu sangat jalan. Catwalk pulak. Tak tau ke dah lambat.” Ailee bersuara sambil menjuihkan mulutnya. Di depan mereka ada tiga orang pelajar perempuan. Mak datuk! Jalan boleh lagi nak ayu. Siap bertepuk tampar lagi. Bila gelak, tak hirau orang sekeliling. Kalah nenek pontianak mengilai. Muka si Ailee tu dah lain macam je. Macam nak telan orang. Takkan lapar lagi kut. Tadi dah mencekik kat DM.

“Excuse me. Tumpang lalu.” Af terus meminta laluan. Dia takut si Ailee tu serang minah-minah tu. Tahap kesabaran dia memang senipis sayap nyamuk. Bukan setakat kulit bawang. Tapi... “Kau apesal? Takde jalan lain dah nak menyelit?” Mohon laluan yang sikit punya sopan dibalas dengan bicara sinis. Terus berubah muka si Af. tapi cepat-cepat dikawal. “Cik-cik kak sekalian. Kami tumpang lalu ye. Jalan ni bukan jalan cik kak semua je. Hak awam! Dah la wey, kau tepi sikit. Kami nak lalu.” Terus saja pelajar perempuan yang berjalan bertiga tu disembur Ailee. 

Tapi nampaknya pelajar yang berada di tengah di antara tiga orang itu menunjukkan muka tidak puas hati. Terus laluan enam sahabat itu dihalang oleh pelajar yang tinggi dan langsing itu. Pengikutnya yang lagi dua orang turut sama menyekat laluan mereka. Yang seorang tu kecil je. Muka comel tapi perangai masya-Allah. Boleh masuk tong sampah la. Yang lagi seorang tu sederhana je tinggi dia. Kulit hitam manis, semanis orangnya. Tapi sekali dia buat muka sombong, rasa macam nak campak kat Tasik Idaman yang ada kat halaman belakang tu je.

“Korang kenapa? Tak puas hati dengan kitorang? Jealous?” Dengan megahnya pelajar yang bertubuh langsing itu bersuara sambil tersenyum sinis. Ayish terus bergerak ke hadapan. “Takde masa kitorang nak jealous dengan kau, kau dan kau. Jom gang, kita blah.” Jari dituding ke muka minah tiga ekor tu. Sikit je lagi nak kena batang hidung diorang. Terus saja Ayish merempuh si tinggi lampai. Amboi minah ni. Kawan tu paras bahu dia je. Tapi berani giler dia rempuh si tinggi tu. Tabik spring!!!

Aiza, Af, DN, Ailee dan Iman terus mengekori Ayish yang dah terkedepan. Banyak mata yang menyaksikan adegan swasta sebentar tadi. Namun tidak dihiraukan oleh diorang berenam. Sebaliknya mereka terus ketawa apabila terdengar orang menjerit kegeraman. Padan muka!

Sampai di dewan, terus saja kerusi yang masih kosong diisi oleh mereka berenam. Dah kamcing wooo. Even baru ja kenal tak sampai 24 jam. “Kasi aku panas je minah tiga ekor tu. Huh! Bajet hot sangat la tu. Pirah! Jalan terus terjun tasik la wey. Aku tak hadap ar. Nasib hall ni ada aircond. Boleh kasi cool down.” DN mula pot pet pot pet. Sambil tu tangan dia giat menjalankan tugas. Mukanya dikipas menggunakan buku catatan yang dibawa. Nampak gaya macam tak cukup je aircond dalam dewan tu nak sejukkan hati dia yang panas melebihi boiling point.

“Kenapa kau baru nak hot sekarang? Apesal tadi kau tak serang? Tadi diam je.” Aiza hairan campur bingung. “Hah. Macam mana aku nak serang? Si Iman ni pegang tangan aku. Dia cakap bagi tiga lawan tiga cukup la. Baru fair and square. Af lawan dengan si kecik tu, Ailee lawan dengan si tiang lampu and Ayish lawan dengan si sombong. Dia ingat nak bergusti ke apa. Nak match-match.” Semua mata memandang ke arah Iman setelah mendengar kata-kata DN. Iman tersenyum sumbing.

“Betul la. Nak lawan mesti adil. Tiga sama tiga la.” Iman tergelak sendiri. Gulp! Mati terus tawanya. Lima muka yang memandang semua serius tahap anak cucu cicit cipan. “Actually, aku tak mau jadi lagi teruk. Aku tengok Af, Ailee dengan Ayish pun dah muka ketat time tu. Aku pegang la si DN ni. Ada gaya nak ganyang muka minah tiga ekor tu dah.” Terus saja Iman tertunduk. Tiba-tiba... macam dengar suara orang gelak. Terus Iman angkat kepala. Nah! Kawan-kawan tengah gelak kat dia. Nak buat muka serius pun tak jadi. Terus dia join sekaki. Gelak sekali. Ketawa diorang mati apabila cikgu-cikgu yang mengendalikan minggu orientasi diorang berjalan masuk ke dewan.

No comments: