Friday, 20 April 2012

Student's Life 2


Bitara Hall dipenuhi pelajar tingkatan empat yang baru berdaftar pada hari itu. Rata-ratanya dari kalangan anak orang yang berpengaruh di tanah air. Anak jurutera la. Anak businessman la. Tengok saja pada barangan yang dipakai. Branded! Yang perempuan bukan bawa beg sekolah biasa-biasa. Ada yang Prada lagi tu. Bukan Prada cap pasar malam nah. Original punya Prada ni. Nak mai study ka nak mai melaram pun tak tau la. Padahal, dalam undang-undang sekolah dah trang tang tang tak boleh bawa barangan berharga.

Tapi, bukan semua yang langgar rules. Ada je yang nerd. Spect bingkai penuh and rambut belah tengah. Pakai minyak berapa kilo pun tak tau la. Kalau semua ikut rules memang aman yang amat la sekolah. Cikgu-cikgu pun tak payah nak pecah otak and putih biji mata nak jaga student. Disebabkan ada yang ala-ala mafia dunia yang buat sekolah tu macam sekolah moyang kepada nenek tiri diorang, cikgu bakal makan tak tidur, mandi tak lena dan tidur tak basah. Nah! Sebab apa peribahasa ni hancur terus? Sebab diorang ni yang ala-ala mafia memang susah nak kawal. Tak sesuai dah nak guna peribahasa yang betul. Macam mana berterabur maksud peribahasa ni,macam tu la nanti hidup cikgu-cikgu. Kusut!

Dengan rambut panjang tak berpotong. Yang nerd tu mungkin dalam 25% saja. Ada yang buat fesyen terpacak macam duri landak. Ada yang macam ekor itik pun ya jugak. Jambul burung belatuk pun ada yang teringin nak buat. Pelik-pelik la diorang ni. Potong bagi kemas-kemas tak boleh ke? Tak sampai RM10 pun nak potong. Kata anak orang berada. Cikgu dah geleng kepala dah kat stage. Pening tengok seketul demi seketul muka student baru. Kena gandakan usaha ni. Macam tak makan saman je budak-budak ni.

“Assalamualaikum semua. Saya perkenalkan diri saya dahulu. Nama diberi Nurdhini bt Faizal. Panggil je Cikgu Dhini.” Terang guru yang berbaju kurung moden warna ungu dan dipadankan dengan selendang hitam. Tampak elegen! “Yang berada di kiri saya adalah Puan Haleeda bt Ismail. Panggil Cikgu Leeda.” Guru yang sedang duduk di kiri Cikgu Dhini tersenyum manis.  “Manakala yang di sebelah kanan saya Encik Halim bin Daud. Boleh panggil Cikgu Halim. Baiklah, saya serahkan majlis ni kepada Cikgu Halim.” Mikrofon diserahkan kepada Cikgu Halim.

Guru yang mempunya ketinggian sederhana itu bangun dan menuju ke arah hadapan stage. Berkumis nipis dan sangat kemas caranya berpakaian. Even dah petang tapi tie biru laut berjalur putih masih terlilit kemas di kolar kemeja biru gelapnya. Contoh yang bagus untuk students. 

“Bailah. Semua dah kenal saya kan. Tapi nampak gayanya program petang ni tak dapat nak dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan. Sepatutnya pada petang ni kita akan divide kamu semua kepada sepuluh group. Tapi kita terpaksa menangguhkan aktiviti tersebut pada malam ni.” Wajah-wajah yang kebosanan mula memancarkan cahaya berseri-seri. Mata pula terus bersinar-sinar. Ada chance la nak lepak-lepak kat dorm. Dari yang tidur terus bangun. Segar bugar bagai baru lepas berkubang dalam kolam.

“Tapi aktiviti tu akan digantikan dengan sesi Look Smart Smell Good. Memandangkan ada student lelaki yang berambut panjang, kita akan gunting rambut kamu secara free. Tak payah nak bayar even cikgu tau kamu ada duit.” Terus tersandar kelesuan semua pelajar lelaki. Hilang terus senyuman menawan. Terbang melayang sinaran yang baru sebantar tadi terpancar balik mata. Yang pakai minyak terlebih hanya tersenyum. Satu perkataan yang terlintas di fikiran. Selamat! Ya la. Rambut budak-budak nerd kan memang always kemas.

Cikgu Leeda mengambil mikrofon daripada Cikgu Halim setelah dihulurkan. “Semua student lelaki follow Cikgu Halim. Dia akan bawak kamu ke tempat yang sepatutnya. Yang girls, stay kat hall. Cikgu nak ajar cara pakai tudung yang betul. Serebeh. Yang tak nampak biji mata pun ada.” 

Ingatkan girls dah lepas. Kena jugak. Hampeh betul. Ada yang tunjuk muka bosan. Sapa lagi. Yang pakai tudung sekadar buat syarat la. Dah jadi rules nak masuk sekolah ni. Nampak sangat la tak pernah pakai tudung. Tu yang serabai je. Padan la korang masuk sekolah ni. Boleh la belajar-belajar insaf. Belajar tutup aurat. Jaga maruah diri. Ni tak. Nak menayang rambut je. Kalau cantik tak pe. Ni dah berkarat. Nak kata tak belajar agama, dari standard one ustaz dengan ustazah dah ajar pendidikan islam. 

Telinga terus ditadah mendengar bicara Cikgu Dhini dan Cikgu Leeda. Semua student dibenarkan pulang ke bilik pada jam 6.35 p.m. Pada pukul tujuh malam nanti mereka perlu ke Dining Hall untuk dinner. Macam itik baru balik dari bendang. Semua berebut nak keluar dewan. Nak kejar masa. Dah la nak kena solat berjemaah. Mesti tangkas dan pantas!

No comments: