Suasana
dalam dorm Princess 1 begitu tenang sekali. Aman lagi nyaman plus
mententeramkan mata yang memandang. Ada yang baru nak iron tudung. Ada yang dah
siap tapi boleh lagi layan video korea kat MP4. Nak dinner ke tak ni? Tapi,ada
sorang je yang kelam kelibut semacam. Tak macam yang lain. DN. “Korang, sapa
ada brooch lebih? Aku nak pinjam. Wey, cepat ah! Lambat dah ni.” DN bertanya
dalam keadaan yang tergesa-gesa. “Yang kau serabut sangat ni apesal? Relax der.
Cool. Mai sini. Aku ada. Ambik dalam kotak keci kat locker aku tu.” Kata Af
yang baru keluar dari bilik mandi. Dia menggeleng kepala melehat keletah DN
yang macam lipas kudung. Tak cukup tanah je nak bergerak.
“Walawey,
mana aku tak kalut. Dah pukul 7.01 petang!” DN terus bersuara sambil meletakkan
brooch pada tudungnya yang berwarna hitam dan dipadankan dengan baju kurung
biru laut. Untuk sesi ice-breaking pada malam ini semua pelajar dikehendaki
memakai pakaian yang sopan. Girls perlu memakai baju kurung manakala boys perlu
memakai baju melayu.
“Kau
jangan kalut sangat boleh tak? Serabut kami tengok kau ni. Chill la. Bukan nak
kena denda pun. Habis sangat kena nyanyi lagu Enjit-enjit Semut. Apa la sangat.”
Lancar saja Iman berbicara sambil tertawa kecil. Tawanya disambut ahli dorm
yang lain. Terus saja DN menarik muka. Tapi tak lama pun. Dia turut tertawa
bersama-sama mereka.
Setelah
semua ahli dorm dah siap, mereka bergerak meninggalkan bilik. Suia lampu dan
kipas dimatikan. Maka berjalanlah sahabat yang baru nak kamcing dalam satu
group. Assabiah betul! Hati DN mula cuak semula. Bilik lain dah kosong. Gelap. “Korang,
orang lain dah ciao la. Kita je yang tinggal kat hostel. Aku takut la.” DN dah
mula berleter balik.
“Kau
ni. Diam je la. Tak payah nak cuak.” Ailee membidas. Mula rimas dengan kecuakan
DN yang over gila. Jalan punya jalan dah sampai kat pintu DM. Dengan muka tak
malu lagi tebal,mereka terus masuk ke DM. Pelajar kat DM dah tinggal berapa
kerat je. Girls dah tak banyak yang ada kat situ. Boys ramai la. Biasa la. Tak hairan
pun.
Sebab
dah lapar sangat, takde tangguh-tangguh dah. Pinggan dicapai lalu diisi dengan
nasi putih. Menu pada malam itu ialah ayam masak merah dan tomyam. Enam kepala
terduduk rapat. Tak angkat dah. Lapar babe! Kalau boleh sebiji nasi pun tak nak
tinggal. Dalam masa lima minit je licin semu pinggan.
“Jom!
Semua dah sudah kan? 7.15 p.m dah.” Ayish bersuara memecah kesunyian. Pinggan diletakkan
di tempat yang sepatutnya. Tangan dicuci. Segera mereka bergerak menuju ke
surau. Nasib baik dekat je. Sebaik saja kaki kanan memijak tangga surau, azan
Maghrib terus berkumandang. Sepantas kilat enam sahabat menuju ke ruang
mengambil wuduk. Memang nasib diorang baik la. Sempat je ikut imam angkat
takbir sekali. Mata-mata yang menjeling pelik diorang abaikan. Fokus! Nak khusyuk
solat.
Selepas
salam diberi, para jemah saling bersalaman dan memberi ciuman pipi ke pipi. Ciuman
pipi ke pipi tu jemaah perempuan je buat. Laki? Sah-sah la tak. Mesti nampak pelik
je. “Fuh! Sempat jugak kita solat jemaah kan, Iman. 27 kali ganda pahala
daripada solat sorang-sorang. Dapat la tampal mana yang lubang-lubang tu.” Aiza
berbisik kepada Iman. Almaklumlah, dalam surau mana boleh cakap. Tapi dah degil
nak cakap, bisik-bisik la. Iman tersenyum kecil. Matanya berair. “Kau apesal?”
Laju saja soalan diajukan Aiza.
“Takde
apa la. Mata aku masuk benda pa entah. Maybe serangga kot.” Perlahan saja
suaranya. Iman tunduk. Af, DN, Ailee dan Ayish tak sedar apa pun. Ralit berzikir.
“Kok ye pun tak mau kantoi, bagi la alasan yang logik. Mata terkena tangan ke. Dengan
surau ni baru je guna. Aircond lagi. Serangga pun takde.” Sinis saja bidasan
Aiza. “Aku rindu family. Selalu aku jemaah dengan diorang. Tiba-tiba hari ni
tak pulak. Terkezut eden.” Iman tertawa kecil. Cover supaya orang lain tak
dengar diorang sembang.
“Relax
eh. Nanti biasa la tu. Ok apa jemaah ramai-ramai macam ni. Dengan kawan-kawan
pulak tu. Rasa lain tau. Pengalaman yang berbeza. Kalau tak stay kat hostel,
jangan harap la nak boleh berjemaah dengan kawan-kawan.” Tersenyum saja Aiza
sambil berbicara. “Ye la. Betul jugak cakap kau tu. Eh, nak baca doa dah. Stop
dulu wey.” Terus tangan ditadah dan menghayati bacaan doa oleh imam di depan.
No comments:
Post a Comment