“Aku
hangin betul la dengan Airish tu. Nak ikut kepala otak dia semua. Dah nama pun
group activity, mesti la diskus kalau nak buat sesuatu. Eeeee.. geram gila
aku.” Ailee terus mengomel ketika makan di café pada waktu rehat. Suasana di
café ketika itu agak sesak dengan pelbagai ragam pelajar. Yang memilih tak
makan itu, nak makan ini. Air tak cukup gula. Terlebih manis. Biasalah.
Masing-masing dah biasa ada bibik. Nak apa je, jerit. Bila masuk hostel je,
serba tak kena. Belajarlah berdikari.
“Kau
pehal? Sape Airish tu?” DN mengutarakan soalan yang berlegar di mindanya.
Siapakah gerangan yang membuatkan Ailee bengang tahap tera kuasa dua. Gaya
mengunyah mee goring pun dah Nampak macam nak mengunyah orang. “Mana aku tak
bengang. Airish si tiang lampu tu satu kumpulan dengan aku. Naa.. aku pulak
jadi assistant leader. Awal tu aku kena fight dengan dia nak dapat jawatan.
Bukan aku nak sangat pun, tapi dah orang lantik.” Ailee meluahkan rasa geram
yang terbuku di hati. Neslo ais yang belum disentuh disedut demi mengurangkan
rasa amarah di hati.
“So,
Airish nama budak tu. Nama bukan main, tapi budi bahasa -10. Bukan setakat
zero. Ape yang dia dah buat kat kau?” Aiza pula bersuara sambil matanya meliar
meninjau keadaan sekeliling. Manalah tahu, tiba-tiba je Airish terpacak sebelah
meja diorang. “Korang tau tak, dia nak letak HOTSTAR sebagai nama group. Apa kejadah
group name cenggitu. Nak mencapub gila. Leader group, Fakrul tu sampai pening
nak layan dia. Semua orang tak setuju dengan suggestion minah tu. Dah orang tak
terima nama tu, mogok tak mau buat kerja group. Ah! Lantak dia la. Bukan mati
pun kalau dia sorang tak buat kerja.” Tekebil-kebil lima pasang mata melihat
tahap kebengangan Ailee.
“Wooo..
better kau chill. Kau kena tahan jugak. Lagi tiga hari je kau nak stay satu
group dengan dia. Tapi kau kena banyak doa la. Jangan sampai dia satu kelas
dengan kau nanti. Mau meletup perang dunia ketiga.” Af berlelucon. Terhambur
jua ketawa Ailee. “Aku tak mau cakap apa-apa. Kang kena dekat batang hidung
sendiri. Mintak simpang! Tak terdaya den nak menahannya.” Pecah gelak mereka
sekawan. Mereka sedia maklum dengan sikap Iman yang lemah lembut. Mudah sangat jatuh
kasihan. Lurus je dia tu.
“Kau
memang la Iman. Deret nak kesian. Tak sampai hati nak sakitkan hati orang. Buat
je apa pun, kau bukan nak balas. Kau cakap, tak mau kecoh-kecoh. Macam yang si
Nad tu buat kat kau.” Af membuka mulut. Urat-urat kehairanan mula timbul di
wajah DN, Ayish, Aiza dan Ailee kebingungan. Tak faham sepatah haram.
“Sape
Nad? Ape pulak yang dia buat kat kau, Iman?” DN memecah kebuntuan mereka semua.
Sorang pun tau faham apa maksud kata-kata Af. Tapi yang pasti, memang ada benda
yang kurang enak bakal menerjah eardrum mereka semua. Apabila tiada kata-kata
yang terbit dari mulut Iman mahupun Af, pandangan laser dihadiahkan buat mereka
berdua.
“Fine!
Aku cakap. Sorry Iman. Aku tak boleh nak simpan la der. Diorang kawan kita
jugak. Actually, Nad tu kawan Airish. Dia cari pasal dengan Iman. Aku nampak
sendiri dia buat ape kat Iman.” Maka terbongkarlah kejadian yang menimpa Iman
dari mulut Af. Huruf O besar terbentuk di mulut empat sahabat. Bukan o kecik
lagi tau. Besar punya. Sapa tak hangin oi sahabat sendiri kena gulai dengan
musuh wannabe. Aiseh!
Tak
boleh jadi ni. Otak lima sahabat dah mula menghakis karat-karat yang dah lama menempel.
Idea-idea bernas mula muncul apabila karat degil yang menyeliputi otak
bergeliga telah terhakis. Idea jahat+mantap=nak mengenakan orang dah timbul. He
he he... tapi, kenapa lima sahabat je? Bukan enam ke? Alaaa.. Iman tu mana la
nak join. Budak baik. Tapi sampai bila boleh bertahan lembut hati dia tu? Kawan
dengan budak-budak bertocang. Muahahahaha(gelak jahat)..
p/s: sorry ya lama xupdate citer..Atiqah rizzuan..new entry comin'..lately bz ngn urusan nk smbg blaja..;)
1 comment:
wuhuuuu x sabaq XD
Post a Comment