Suasana dalam di kelas 5 Gamma
sunyi sepi. Dua puluh empat kepala tunduk rapat menelaah buku. Hanya seorang
sahaja yang relax tanpa sebarang
aktiviti. Wah, tak nak ambil SPM ka? “Ayu, study la weh! Nak SPM kot. Kau ni
tak sentuh buku langsung. Aku takutlah tengok kau ni.” Nisha menegur sahabat
baiknya dari sekolah rendah itu. Hanya Nisha yang berani menegur Ayu. Kalau
orang lain, mau melayang kerusi meja. Nasib baik kereta berat, kalau tidak
kereta pun terbang.
“Kau
jangan sibuk boleh tak? Aku serabut tau. Kau nak study, go on tapi jangan sibuk hal aku. lantak akulah nak buat apa pun!”
Kerusi ditolak hingga jatuh mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Satu kelas
tersentak. Ribut taufan dah melanda. Ayu berlalu keluar dari kelas tanpa
menghiraukan sesiapa. “Kenapa dengan Ayu tu? Baran tak pasal-pasal.” Ella
menyuarakan kehairanannya kepada Nisha. “Biasalah tu. Adalah hal yang tak kena
dengan anginnya dia tu.” Nisha senyum.
Tanpa sempat Ella bertanya
dengan lebih lanjut, kelas mereka dikunjungi oleh pengetua sekolah, Puan
Fauziah bersama-sama seorang wanita yang
kelihatan sangat elegan. Wanita
tersebut berbaju kebaya biru laut dan dihiasi bunga-bunga kecil berwarna merah
jambu dipadankan dengan selendang yang sepadan dengan warna bunganya. Setelah
salam diucapkan, Puan Fauziah menyuruh semua pelajar duduk.
“Baiklah,
tujuan cikgu datang ke kelas kamu ni adalah untuk memperkenalkan guru baru yang
akan menggantikan Cikgu Salina yang telah berhijrah ke tempat baru. Sebelum tu
cikgu nak tanya. “Ayu mana?” Soalan Puan Fauziah dibiarkan dibawa angin. Mulut
semua pelajar 5 Gamma terkunci rapat tanpa sepatah kata. Puan Fauziah bagaikan
mengerti dengan senario itu. “Tak pa. Dipersilakan cikgu untuk memperkenalkan
diri. Guru baru itu melangkah ke hadapan kelas dengan penuh yakin. Pengetua
telah bergerak meninggalkan kelas.
“Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Nama diberi Cik Adibah bt Raslan. Masih single lagi. Ni
baru kali pertama dan sekolah pertama saya mengajar. Kamu semua boleh panggil
saya Miss Diba. Saya akan mengajar kamu English seterusnya menjadi guru kelas
kamu semua. Ada
apa-apa yang kamu semua nak tanya?” Miss Diba melontarkan soalan.
“Miss,
asal mana eh? Ella tersenyum. “Saya asal Perak tapi dah lama menetap kat KL ni.
Keluarga saya…” Belum sempat Miss Diba habis berbicara, Ayu menerjah masuk ke dalam kelas tanpa memberi salam. Miss Diba
kelihatan sedikit terkejut tetapi berpura-pura tenang.
“Ayu tadi kau pergi mana ha?”tanya Nisha
dengan muka hairan.Belum sempat ayu menjawab Miss Diba bersuara. “Ayu pergi
mana?”jelingan tajam dihadiahkan kepada cikgu baru itu. “Aku baru lepas gian
merokok. Kau sibuk sangat ni kenapa? Lantak akulah nak buat apa pun.” Miss Diba
terkedu.
******
Pada
keesokan harinya, kelas 5 Gamma memulakan pelajarannya seperti biasa. Miss
Diba melangkah masuk ke kelas tersebut. Jam menunjukkan tepat pukul 8pagi. Miss
Diba berasa sedikit kehairanan kerana Ayu belum lagi sampai ke sekolah. Selepas
10minit pembelajaran bermula, Ayu dengan muka slumber rock sahaja masuk ke kelas tanpa memberi salam. Miss Diba
mengajukan soalan kepada Ayu. “Kenapa lambat datang sekolah? tanya Miss Diba
sambil mengukir senyuman yang manis.” Alaaa aku terlewat bangun tadi pagi so
lantak lah aku datang lewat pun. Semua pelajar kelas 5 Gamma sangat terkejut
dengan tingkah laku Ayu yang sangat kurang ajar itu, sedangkan Miss Diba sangat
baik dengannya.
Miss Diba tidak kisah
semua itu asalkan pelajarnya masih mahu belajar dengannya. Selepas beberapa
minit belajar, Ayu mengeluarkan sebatang rokok Dunhill dan menghisapnya tanpa menghiraukan sesiapa pun. Hidung
Miss Diba tiba-tiba sahaja kembang kempis
apabila terbau sesuatu di dalam kelasnya.
“Bau apa ini ? Ada sesiapa yang hisap
rokok ke?” tanya Miss Diba dengan penuh kehairanan. Nisha sudah tahu benar
dengan sikap Ayu yang agak kurang ajar itu. “Ayu, kau pergi buang rokok tu
sebelum aku sumbat semuanya ke dalam mulut kau! Entah apa-apalah kau ni Ayu!
Hormat lah sikit cikgu dihadapan tu.”tegur Nisha dengan menampakkan sedikit
garang seperti singa betina.
“Kau ni suka potong mood akulah Nisha. Hish, aku bukannya
kacau orang pun! Kau buatlah kerja kau, jangan kacau aku lah. Semua benda yang
aku buat, semuanya tak kena. Aku tak paham lah dengan orang yang kolot ni.” Ella menjegilkan biji matanya
yang koko itu kepada Nisha. Sudah tahu benar dengan isyarat Ella itu.
Tepat pada pukul 2 petang,
Miss Diba datang ke kelas 5 Gamma untuk berjumpa dengan Ayu. “ Ikut saya
sebentar.”ajak Miss Diba. Sesampainya ke kantin , belum sempat Miss Diba melabuhkan punggungnya dengan tiba-tiba
Ayu melontarkan suara yang kasar kepada Miss Diba. “ Kau kenapa ajak aku datang
sini ha? Ni mesti nak tanya hal pagi tadi kan ?” Ayu menjenguskan mulutnya kehadapan.
“Ayu dengar sini
baik-baik. Cikgu hanya ingin menolong kamu sahaja. Bukannya mahu menambahkan
beban kamu. Jika kamu ada masalah keluarga atau apa-apa masalah sekalipun,
janganlah kamu simpan. Luahkan sahaja kepada saya.” tegur Miss Diba dengan
sopannya.
*******
Beberapa hari
kemudian, Ayu telah ponteng kelas Miss Diba iaitu pelajaran Bahasa Inggeris. “
Ini mesti marahkan Miss Diba ataupun homework
belum siap sampai-sampai sanggup ponteng kelas. Apa nk jadi lah dengan Ayu ni.
Selalu buat hal, SPM dah lah nak dekat. Hmmmm.”merungut Nisha kepada Ella.
Selepas Miss Diba
keluar dari kelasnya, dia terserempak dengan Ayu. “ Kenapa tak masuk kelas
cikgu?” tanya Miss Diba. Lantak akulah nak masuk ke tak, yang sebenarnya homework yang kau bagi semalam aku belum
siap so aku tak masuk lah. Apa
kau nak buat sekarang? Sudah-sudahlah. Jangan jaga tepi kain orang pulak, kau
tu dah la baru dekat sini. So jangan nak sibuk hal aku ok, aku tahu lah yang
mana baik dan yang mana buruk untuk aku.
******
Ayu masuk ke kelas
dengan panas barannya yang menjadi-jadi, entah apa pulak kali ini. Beg yang
disandang di bahunya dilempar begitu sahaja. Barannya kali ini seperti gempa bumi yang melanda dengan tiba-tiba.
“Kenapa ni sayang? Angin semacam saja, datang bulan ke?” Haris memberanikan
diri menanyakan Ayu dengan soalan-soalan yang melucukan itu, baginya. Satu
kelas 5 Gamma terbahak-bahak mentertawakan gelagat Haris itu.
“Kau ni berani tanya soalan
begitu pada aku ye Haris. Kau nampak kan ini apa? Kau nak aku pecahkan kepala
kau dengan kerusi ni ka?” Ayu begitu marah sehinggakan mukanya seperti naga sembelit. Semua pelajar di dalam
kelas itu menjadi sunyi sepi apabila melihat Ayu bergaduh dengan Haris.
“Bawak bersabar Ayu, kau ni
orang bergurau sikit pun dah angin satu badan. Relax lah Ayu!” Nisha cuba menjernihkan keadaan. Nisha tahu. Mesti
ada benda yang tak kena dengan mood dia hari ni. Sepantas kilat Ella menghilang
dari dalam kelas setelah diarahkan oleh Nisha supaya mencari Miss Diba di bilik
guru.
“Korang
jangan nak sibuk hal aku dengan jantan ni! Ayu telah meluru ke arah Haris.
Kolar baju Haris dicekak dengan kasar. “Aku tak fahamlah dengan kau ni. Kau suka
sangat cari pasal dengan aku kan? Ada aku kacau hidup kau? Hal aku, aku punya
pasal. Hal kau, lantaklah. Kecil besar je aku tengok kau ni. Dah lama aku sabar
kau tau tak? Agaknya hari ni kau memang nak makan penumbuk aku! Tangan kanan
dikepal dan diangkat ke udara.
“Raihayu! Jangan pukul
Haris. Ayu kena ingat yang SPM dah dekat, jangan nanti rekod sekolah Ayu teruk.
Miss nak semua pelajar Miss berkelakuan baik di sekolah ni. Jangan sampai Miss
bawak Ayu ke bilik pengetua dan cerita kan semua tingkah laku Ayu di sekolah
ni! Paham tu Ayu!” marah Miss Diba. “ Kau selalu nak sibuk hal aku, aku peliklah
dengan kau ni. Tolonglah kali ni saja kau jangan masuk campur hal aku. Serabut
taw tak. Kau dengan pelajar-pelajar kau sama saja. Suka menyibuk hal aku. kau
ingat aku kisah ka masa depan aku nak gelap? Weh, masa depan aku dah memang
gelap kau tahu tak? Dah gelap!
Paaanggg!!! Secara tidak
sengajanya,Miss Diba tampar pipi Ayu yang gebu itu. Mahu meleleh air mata Ayu
dibuatnya. Ayu lari keluar daripada kelas tersebut. Miss Diba mengejarnya.
Tidak sampai dua puluh langkah, tiba-tiba Ayu jatuh pengsan. Miss Diba terkejut
dan meminta tolong kepada Nisha untuk menelefon keluarga Ayu. Miss Diba cepat-cepat
membawa Ayu ke hospital.
Setibanya di
hospital, Ayu dibawa ke bilik rawatan. Beberapa minit kemudian, Doktor Atikah
seperti mana namanya tertera pada tanda nama yang dipinkan pada uniforn
putihnya memberitahu yang Ayu koma dan dia mengidap penyakit buah pinggang
tahap kronik. Buah pinggangnya telah rosak teruk dan tidak dapat berfungsi
lagi. Dia memerlukan penderma buah pinggang secepatnya. Miss Diba sangat
terkejut dan dia berasa agak kesal kerana telah berkasar dengan Ayu.
******
Selepas tamat persekolahan, Miss Diba memandu
keretanya menuju ke hospital untuk melawat pelajar kesayangannya, Ayu.
Setibanya di selekoh tajam, terlihat sebuah lori treler yang tidak dapat
mengawal pergerakannya meluncur laju menghala ke arah kereta Perdana hitam
milik Miss Diba.
Sedaya upaya Miss Diba cuba
mengelak, tetapi apakan daya pergerakan treler itu lebih pantas menghentam dari
arah bertentangan. Kejadian itu disaksikan oleh pemandu yang menaiki van dari
laluan bertentangan. Dia segera menghubungi talian kecemasan. Setengah jam kemudian
ambulans dan bomba datang untuk menyelamatkan mangsa keadaan. Habis remuk
kereta Miss Diba. Miss Diba segera dibawa ke hospital.
******
Sepanjang tempoh di
hospital, mamanya Puan Raihana setia menemani puteri tunggalnya. Saban hari dia
sabar menanti anaknya sembuh seperti sediakala. Tidak putus-putus doa yang
dikirimkan buat sang pencipta. Doanya termakbul setelah seorang hamba Allah
yang begitu mulia sanggup mendermakan
buah pinggang buat anaknya.
“Mama.
Ayu nak tanya something. Mama jawab
dengan jujur boleh? Lemah saja tutur katanya. “Apa sayang?” sambil tersenyum
Puan Raihana berkata. “Hamba Allah mana
yang begitu baik hati sanggup mendermakan buah pinggangnya kepada Ayu?”
Ayu merenung ke dalam mata mamanya, mengharapkan jawapan yang tulus dari hati.
Mamanya
menyepikan diri. Soalan dari puterinya dibiarkan tanpa jawapan. “Baca ni.”
Sepucuk surat dihulurkan kepada Ayu. Huluran disambut perlahan-lahan
Assalamualaikum Miss ucapkan buat anak
didik yang Miss sayangi dunia dan akhirat.
Saat kamu baca surat ini mungkin Miss
sudah tiada lagi di bumi Allah ini. Pertama sekali Miss ingin memohon maaf
kerana secara tidak sengaja telah menampar kamu. Miss nak kamu tahu yang Miss
tak terniat pun nak buat begitu. Miss cuma tak suka dengar kamu kata yang masa
depan kamu dah gelap. Selagi kamu masih ada masa untuk berubah, selagi itu kamu
ada peluang untuk merubah masa depan kamu. Miss tahu kamu boleh. Kamu memang
bijak tapi kamu Cuma tertekan dengan masalah dan tohmahan orang sekeliling.
Kamu buat semua ni sebab kamu nakkan perhatian semua orang. Kamu ada naluri
untuk jadi seperti orang lain tapi kamu takut. Kamu takut semua orang tak nak
terima kamu. Di kesempatan terakhir ini, Miss ingin mencurahkan nasihat buat
sekian kalinya. Miss nak kamu berubah. Pilih haluan yang betul supaya masa
depan kamu terjamin. Janji dengan Miss sayang. Belajar sungguh-sungguh. Kamu
merupakan harapan mama kamu. Satu-satunya cahaya mata dia. Miss tahu dia sangat
berharap supaya kamu berubah. Sebelum ni kamu bukan begini kan? Kamu sopan
santun dan baik tutur bicara. Bagaimana Miss tahu semua ni? Miss merupakan ibu
saudara kamu. Adik kepada papa kamu. Bekas adik ipar mama kamu. Kamu hanya
pernah bersua muka dengan Miss ketika kamu berumur lima tahun. Selepas itu,
kamu tak pernah berjumpa Miss lagi kerana mama dan papa telah berpisah. Miss pula telah berhijrah ke Kuala
Lumpur bersama-sama datuk dan nenek kamu. Kami tidak pernah pulang ke Perak
lagi selepas itu. Janji dengan Mak Su, Ayu akan berubah. Tolong mama. Mak Su
akan selalu berada bersama-sama Ayu. Buah pinggang yang Ayu guna sekarang
merupakan pembakar semangat buat Ayu agar dapat mencapai kejayaan dalam hidup
Ayu. Jaga buah pinggang Mak Su baik-baik ya? Selepas ini Mak Su takkan menyibuk
hal kamu lagi. Ini merupakan kali terakhir. Permintaan terakhir dari seorang
guru merangkap ibu saudara Ayu, ubahlah cara hidup Ayu supaya menjadi insan
yang berguna pada keluarga, agama dan negara.
Salam sayang,
Miss Adibah
*****
“Miss,
Ayu datang ni. Ayu bawa kejayaan Ayu. Ini yang Miss nak Ayu buat kan. Ayu dah
dapat Miss. Mama happy sangat. Mama asyik senyum saja. Ayu nak tengok Miss
senyum juga. Seperti sebelum ni. Ayu nak Miss pegang slip SPM Ayu. Ayu dapat 10
A+. Ayu nak bagi slip ni dekat Miss.” Teresak-esak Ayu sambil berbicara.
Bahunya diusap perlahan oleh Puan Raihana. “Sabar sayang. Mak Su dah tenang di
sana. Dia mesti tahu yang Ayu dah berjaya.” Lembut kata-kata yang diungkapkan
demi memujuk puteri kesayangannya.
Setelah
pemergian Miss Diba, berubah benar sikapnya. Dia tidak banyak bercakap dan
menjadi lebih bersemangat untuk belajar. Semua peribadi negatifnya dihapuskan
sama sekali. Ayu semakin rapat dengan mamanya. Teman rapatnya merupakan buku
dan sejadah. Tidak pernah dia berenggang dengan kedua-duanya.
“Miss,
tenanglah Miss di sana. Ayu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Miss. Buah
pinggang ini akan Ayu jaga sebaik-baiknya. Buah pinggang Miss ini dah
menyelamatkan nyawa Ayu. Ayu dah hidup buat kali kedua dengan kehadiran buah
pinggang milik seorang wanita yang begitu mulia hatinya. Dalam hatinya hanya
menginginkan kejayaan anak didiknya. Tidak sekelumit pun terdetik perasaan
dendam walaupun selalu diherdik oleh seorang budak perempuan yang sangat kurang
ajar. Hari ini budak perempuan tu dah sedar Miss. Ayu dah sedar. Terima kasih
banyak-banyak sebab dah buka mata hati Ayu.” Teresak-esak Ayu menangis dalam
pelukan mamanya.
“Sudahlah
sayang. Mari kita sedekahkan Yaasin buat Mak Su.” Mendayu-dayu bacaan Yaasin
dialunkan di tanah perkuburan itu. Dua beranak itu begitu tekun mengalunkan
bacaan. Sekali sekala si anak mengelap mutiara jernih yang menitis di pipi
gebunya itu. Di situlah terkuburnya jasad seorang guru muda yang rela berkorban
demi anak didiknya. Dia mahu anak didiknya berjaya. Berkat kesabaran dan
keazamannya, kini anak didiknya yang keras kepala telah menjadi pelajar paling
cemerlang di sekolah. Raihayu juga dinobatkan anugerah paling cemerlang bagi
negeri Perak. Tidak sia-sia pengorbanan yang dilakukan demi menjamin masa depan
anak didiknya. Terima kasih Miss Diba!