Tombol pintu dorm Princess 1 dipulas perlahan. Kepala dijengukkan ke dalam. First impression! Mewah giler bilik ni. Tapi tak hairan la babe! Ni kan private school. Tapi ni bukan sebarang private school, semua student wajib stay kat hostel. Dalam bilik tu ada enam single bed. Di hujung setiap katil masing-masing terdapat satu meja belajar yang siap dilengkapi dengan lampu meja. Bilik pula dicat dengan colour purple lembut. Curtain pulak colour purple terang. Macam bilik kat rumah.
Langkah diayun perlayan sambil sebaris senyuman terukir manis dibibirnya. Lima orang lagi pelajar yang berada di dalam bilik tersebut turut memandangnya. Bagasi pakaiannya diletakkan di sebelah katil yang masih kosong.
“Hai! Aku Af.” Salah seorang dari lima pelajar yang sedang mengemas pakaian ke dalam locker menghampiri pelajar yang baru melangkah masuk itu. Ramah betul dia. Saiz tubuhnya kecil sahaja tapi wajah dia cute. Warna kulit kuning langsat. Then, seorang demi seorang menghampiri mereka.
“Aku Iman.” Pelajar yang bertubuh langsing memperkenalkan diri. “Aku Ailee”. Pelajar lain pulak memperkenalkan diri. “Aku Ayish.” Pelajar yang berkulit cerah pulak memperkenalkan diri.
“Aku DN.” Pelajar yang terakhir masuk ke bilik itu terus memperkenalkan dirinya kepada mereka semua. Namun, lima pasang mata tertumpu ke arah pelajar yang masih terus mengemaskan pakaiannya tanpa menyertai sesi beramah mesra tu. “Aku Aiza.” Pelajar tersebut bersuara tanpa menoleh.
DN, Af, Iman, Ailee, dan Ayish terus shock! “Sombong giler minah ni.” Hati DN bersuara. Namun hati DN tidak berbekas. Dia masih bersangka baik. Then, mereka terus melaksanakan tugas masing-masing kerana pada pukul lima petang nanti semua pelajar baru perlu berada di Bitara Hall untuk memulakan sesi orientasi.
Dari suasana yang sepi terus bertukar rancak apabila seorang demi seorang membuka mulut memulakan sesi perbualan. “DN, kau asal mana?” Af meluahkan soalan. “Aku? Aku asal Perak. Kau?” DN tersenyum. “Aku budak Penang. Anak mami ni. Hampa jangan buat main nah. Sekali taufan cik mai, melayang hampa semua. Kalah taufan Katrina tau!” pecah berderau tawa mereka semua kecuali Aiza yang hanya tersenyum.
“Aiza, kau asal mana?” DN menjual soalan kepada gadis yang bermulut berat tu. Barangkali ada berlian kot dalam mulut dia tu. Dari tadi susah sangat nak dengar suara dia. Kalau dengar pun, bila dia bercakap dengan Iman. Dengan orang lain susah bebenor yop! Senang cakap, dia tak cakap pun dengan kami yang lain. Panas jugak la kami semua. Menyombong pulak! Dah la nk stay satu dorm.
Aiza tersenyum kecil. “Kedah.” Pendek saja jawapan dia. “Aiza satu negeri dengan aku. Budak Kedah.” Iman bersuara. “Aku Sabah!” Ayish memberitahu tanpa perlu ditanya. Terus saja dia tersengih membuat tayangan iklan gigi. Tahu la gigi dia cantik. Sepuluh biji mata melontar pandangan ke arahnya.
“Bapak jauh giler babe! Apesal kau boleh terlontar sampai semenanjung ni?” Dorm bergegar dengan suara Ailee. Terkejut pun jangan la sampai terjerit bagai nak tercabut jantung cik Ailee oi.
“Relax la bro. Aku memang asal Sabah. Tapi aku pindah semenanjung dah. That’s why la aku masuk sini. Daddy aku bukak cawangan office baru kat semenanjung. Dia kena la focus pada office yang baru tu. Daddy aku tak nak aku asyik pindah je. Sebab tu aku kena masuk hostel.”
“Cuish! Aku ingat kau memang datang dari Sabah ke sekolah ni. Hampeh!” Ailee menarik muncung empat belas. Buruknyer. Itik mesti jealous tengok muncung Ailee ni. Ha ha ha..
“Aiza, kau memang macam ni ke? Tak bercakap dengan kitorang. Aku tengok,kalau kau cakap pun dengan Iman je.” Soalan cepumas dilontarkan Ayish. Memang cakap lepas la mek ni sorang. Kang tak pasal-pasal si Aiza ni ganyang kau.
“Aku bukan sombong. Sejak azali lagi memang macam ni. Aku susah nak cakap dengan orang yang aku baru kenal. Sorry tau korang semua. DN, tadi aku buat tak tau je kat kau. Aku memang tak boleh nak tangguh sesuatu kerja. Mesti finish on time.” Lima mulut melakarkan huruf O. Atudeaaa... Sekali Aiza bukak mulut melopong semua orang. “Korang, jangan la tengok aku macam tu. Lalat dah bagi salam nak masuk wey.” Aiza ketawa terkekeh-kekeh.
Spontan! Semua mulut terus tertutup. DN tersengih. “Babe! Sorry tau. Tadi aku ‘terkata’ kat dalam hati yang kau ni sombong.” Aiza senyum. “It’s ok. Aku dah agak. Memang semua yang kenal aku first time akan cakap aku ni sombong.”
“Af,apesal kau diam je dari tadi? Mata tu klip pok klip pok tengok kami.” Ailee menyoal. “Dah korang asyik cakap je dari tadi. Aku nak menyelit pun tak dak ruang.” Soalan Ayish dijawab dengan muka lima sen. “Kau nak cakap apa?” Iman pula bersuara. “Kita kena gather kat hall pukul lima kan?” Aiza terus bertanya. “Ya la. Dah tau pun lagi mau tanya ke? Apa la kau ni der.” Bicara Aiza membuatkan lima sahabat yang mula rapat ketawa bagai nak terburai large and small intestine. Hanya Af yang melihat mereka dengan muka pelik.
“Kau apesal tengok kitorang macam nak telan?” DN bersuara dalam nada yang hairan. “Sekarang dah 4.31 p.m. And lagi dua saat pukul 4.32 p.m.” Sambil bercakap, Af bangun dan bergerak ke arah bilik air. “Korang semua ABC eh? Ok la. Aku nak ambil wuduk and solat.” Laung Af dari dalam bilik air.
Berebut-rebut lima sahabat itu bangun dan berlari ke bilik air. Mereka mungkin terlambat jika masih melepak dan berlingkar di atas katil masing-masing. Sejadah dibentang setelah selesai berwuduk. Telekung dipakai lalu masing-masing solat dengan khusyuk. Khusyuk ke? Entah-entah dok kalut kejar masa. Ya la. Takut lambat. Awal-awal lagi cikgu dah pesan. Tiada siapa pun yang boleh lambat.
One more thing, tak sampai satu hari jejak kaki dekat Sekolah Persendirian Rafiq Abdan, dah langgar peraturan. Semua pelajar tak dibenarkan sodorm! Apa tu? Solat dalam dorm la. Dah Nampak sangat yang budak-budak ni bakal bawa problem. Undang-undang sekolah pun diorang tak peduli. Boleh pulak dapat tinggal satu bilik. Hancus! Kita tengok je la nanti. Wait and see.
P/S:OK! KHAS UNTUK KWN2 AKU. AKU CILUK KORANG PUNYA CHARACTER...NANTI AKU UPDATE BAB BARU PULAK..
2 comments:
aku mana?????????????????
sayang..blom tiba scene u lg..insyaALLAH bila dah start orientasi..teruskn menyokong!^_^
Post a Comment